Tuesday, April 6, 2010

Facebook sekarang.

Sekarang facebook dah tak macam dulu. Kalau buka, tak ada apa yang boleh dibuat. Nak buat status, macam malas gila. Tunggu la kalau ada siapa-siapa komen. Kalau tak ada, aku tengok friend list aku. Tengok siapa-siapa yang ada update terbaru. Gambar ke, Video ke, Status ke. Kerja aku mengomen. Kalau nak meriah, kena tunggu malam minggu, sebab masa tu, keputusan bolasepak baru keluar, ada la benda nak di bahan. Kan?

Sekarang facebook dah tak macam dulu. Dah tak aman. Kau cakap yang pelik-pelik sikit, dah kecoh satu dunia. Kerana mulut, badan binasa. Kan?

Sekarang facebook dah tak macam dulu. Orang ramai ambil kesempatan, sebar fitnah itu ini. Promo MLM merata-rata. Tipu sini, tipu sana. Yang lagi bahaya, spam tak terkawal. Jangan hairan jika kena tag beribu2 nanti. Kan?

Sekarang facebook dah tak macam dulu. Laman BENCI lebih disukai dari laman SUKA. Satu masalah yang paling kritikal sekarang ni. Hampir semua benda hendak dibenci. Dan group dijadikan medan untuk menambah dosa dengan mengutuk dan memaki. Lebih tragis, ada sesetengah pihak yang cetek ilmu mahu berdakwah. Sudahlah diketawa, dikutuk pula tu. Yang lagi parah, ada yang diri sendiri pon tak berapa betul, nak kutuk orang bagai nak rak. Di sini aku tertanya-tanya mananya cermin kat rumah dorang ni. Tak boleh cermin diri ke?

Pinjam dari kata-kata seseorang.

Inilah yang terjadi bila fasiliti kelas pertama digunapakai oleh minda kelas ketiga.

7 comments:

Redz da Tsar said...

serius mende-mende macam nie la yang meranapkan facebook sebagai medan untuk bersosial secara baik... elok2 untuk berkenalan, tiba-tiba diajak untuk membenci, diajak untuk mengutuk, gila publisiti... EIsh...

SPam paling aku tak minat selain dari promo MLM yang menyemak~

Wanturd™ said...

tahu tape! ni menimbulkan amarah. hehe.

sampaikan kita pon da terpengaruh untuk mengutuk si pengutuk. betul tak? haishh

Nand Nasyari said...

btol2..dulu memula fb ni tmpt men game je.. pastu tmpt buat quiz ngarot2..skg jd lg ngarot..
seb baek aku xpnh join benci2 ke suke2 ke...juz nk tmbah kawan adela..
haih~ dunia//dunia..~

deus X machina said...

oh facebook

eleynashikin said...

uuuuu.. Oh facebOok >_<

sy pOn dah makin malas main facebOok!

HEROICzero said...

fesbuk? bosan.

Wanturd™ said...

nand: tu la pasal. tp aku suka main game, tapi tade la pegi penuhkan notification orang lain.keh3..

Deus: macam ohartis.com la ni?

E: baru perasan, asyik sama komen ngn deus? skandal ke? artis macam deus memang ramai peminat..keh3..lagi satu, tak penah add sy pon? :P

heroic: orang da ade awek memang cepat bosan ngn sume mende..keh3.