Wednesday, March 31, 2010

Suatu malam

Aku melangkah kaki keluar dari masjid. Suasana ketika itu sunyi dan sepi. Mana pergi jemaah-jemaah tadi? Aku dah mula rasa pelik. Rasa ingin tahu itu begitu membuak-buak.

Ahhh. Aku tak mahu peningkan kepalaku dengan persoalan ini.

Aku berjalan ke kedai runcit yang berada berhampiran flat coklat itu. Aku lihat kedai yang biasa aku beli aiskrim 20sen tu dah ditutup. Ada notis yang ditampal menyuruh pemilik-pemiliknya pindah. Ketika itu datang pekerja-pekerja kontrak me'renovate'kan kedai itu. Dan kelihatan 2,3 orang makcik yang kelihatan bergosip di tepi padang bersebelahan kedai runcit itu. Aku cuba curi-curi dengar.

Setelah mendengar lebih kurang, aku membuat kesimpulan bahawa ceritanya begini. Peruncit-peruncit sebelum ini ialah kroni parti memerintah negeri ini. Sekarang dah diambil alih. So, semua pun kena halau la.

Disebalik kesibukan pekerja-pekerja kontrak itu, aku terpandang seorang amoi yang berusia awal 30-an. Rupanya agak cantik dan iras-iras pengawas peperiksaan aku kelmarin. Rupa-rupanya, dia adun di kawasan aku itu. Kelibat aku telah dapat dihidu oleh dia. Sambil membetulkan cermin matanya, dia datang ke arah ku.

"Kamu masih menyebelahi parti itu?"

"Bukan. Aku tidak berminat menyebelahi sesiapa pun. Aku yakin kamu semua pakar penipu rakyat."

"Janganlah begitu. Kamu belum tahu apa faedahnya menyertai kami." dia makin mendekati aku.

Aku segera berjalan laju-laju dan mendekati kawasan perumahan aku. Sudah nampak pintu hijau rumahku. Namun amoi itu segera menarik tarik tangan aku dengan manja.

"Kalau kamu ikut cakap saya, saya kasi kedai tadi itu kepada kamu ya." katanya dengan penuh manja. Diramas-ramas tanganku. Aku buat muka tidak berminat. Dia makin agresif. Aku yang mula menggatal melingkarkan tanganku ke belakan badannya.

"Kalau kamu ikut saya, saya akan kasi awak apa saja awak nak. Macam-macam ada." aku menelan air liur 4,5 teguk. Iman ku makin goyah. Aku sudah terbayang adegan-adegan yang bakal berlaku. Alamak. Amoi ni da bikin aku 'panas' pulak.

Tiba-tiba aku ternampak pintu hijau rumahku terbuka. Kelihatan kelibat kak long aku berpakaian baju kurung lengkap. Aku dapat mengagak bahawa dia akan lalu sebentar lagi.

Amoi tadi makin menggila. Aksi-aksinya makin lama makin daring.

Ahh. Tak boleh jadi. Aku segera menolaknya dan meninggalkan amoi itu dalam keadaan terpinga-pinga. Aku berjalan meninggalkan tempat itu.

Tiba-tiba aku tiba di kawasan bekas kedai runcit tadi. Aihhh. Dah siap pulak kedainya. Kelihatan pekerja-pekerja sedang membersihkan kawasan kedai. Tadi kedai buruk. Da renovate dah boleh jadi cafe baskin robin pulak.

Aku cuba memperhatikan pekerja-pekerjanya. Aku telah mengenalpasti siapa mereka. Bekas-bekas rakan sekerja aku di baskin robin dulu rupanya. Eh. Senangnya dorang dapat kerja. Kenapa aku yang beria-ia mintak kerja tu balik, tak dapat pun. Mentang-mentanglah aku tak pandai bodek bos, aku sorang je yang tak dapat ek. Aku berlalu dari kedai Baskin Robin itu dengan hati yang panas.

Baru sahaja aku hendak beredar, kelihatan sebuah Hummer yang dinaiki amoi tadi dengan konco-konconya. Seperti mencari-cari aku je. Aku dah cuak. Aku segera berlari-lari anak. Aku dengan pantas menaiki belakang sebuah lori dengan ala-ala yamakazi. Dan aku segera berbaring untuk menyorok.

Semasa melalui sebuah bulatan, bahagian belakang lori ini terpisah dari kepalanya. Gerak sendiri pulak! Aku dah fikir nak mengucap dan taubat kat situ je. Last-last, lori itu terbabas ke bahu jalan. Aku segera melompat keluar dengan sebuah kotak. Aku dah tertanya-tanya, kotak apa ni?

Dari jauh aku nampak kepala lori tadi menuju ke arah ku. Aku tak tahu kenapa aku kelam kabut, dan segera bukak kotak tu.

Wahhhh..ada Crocs pulakkk..

Aku segera mencari saiz 8. Dengan tergesa-gesa aku try pakai. Kenapa aku nak try kat situ jugak pon, aku tak tahu. Niat nak mencuri Crocs tu terbatal. Aku rasa tak elok buat kerja macam tu. Aku segera meletakkan kembali dan lari. Sedang aku berlari-lari membawa perut tu, aku ternampak sebuah iswara merah follow baik punya lori tu. Kelihatan 3 orang cina keluar dari kereta itu. Samseng gayanya. Ada rantai emas dan tatu ayam di lengan. Dari samar-samar, aku nampak dorang buka bonet belakang dan mengeluarkan sesuatu.

Cilakak! Pedang Samurai pulak!

Bila dah nampak macam tu, makin cepat aku berlari. Sedar tak sedar, aku dah sampai maple Zam-Zam corner. Aku rasa kalau aku lepak kat situ, takkan la dorang nak pancung aku kat situ kan.

Tengah-tengah aku cari kerusi, aku nampak ayah aku datang. Hati aku bertambah lega. Kalau dorang attack aku, boleh ar aku tagteam dengan ayah aku. Muncul 3 cina tadi dengan berpeluh2 serta bau badan mandi seminggu sekali.

"Woi pencuri mana nak lari?"

Aku dah nekad, aku nak keluarkan ilmu taekwondo aku. Sia-sialah belajar lama-lama kalau tak apply. Kan?

" Treett tett treetttt" jam loceng aku bunyi. Alamak! Dah pukul 9pagi. Aku dah lewat bangun la pulak. Haihh.

13 comments:

Nand Nasyari said...

ouh..kau gile..!! ;D

Unknown said...

penat jehh ku baca sungguhsungguh !

eleynashikin said...

sampai yg kat amoi meramas2 tu aku dah agak dah kO belakOn je ni! muahahahaha

Wanturd™ said...

nand: aku gila plak? kau la gila..sebab..aku pon tak tahu sbb ape, tapi aku nak cakap kau gila gak.haha

mereng: jangan jadi mereng macam nand k. ehh..jangan la penat awal sgt. baca la post2 yg lain skali. keh3. :)

E: haha..kantoi plak..lain kali, awk blakon2 la macam terkejut sket bila baca tu..heh

Tulip said...

hehe..xnak baca...tp nak comment jew..kihkih..

deus X machina said...

ntah apa apa
erk888

Wanturd™ said...

tulip ngn deus: yela2..tak best.

HEROICzero said...

asal melingkar kat blakang amoi tu, tak kat depan?

*konpius*

Wanturd™ said...

adoihh..kau ni fail la adil.haha

HEROICzero said...

ko ske blakang?

Wanturd™ said...

harammmmm..hehe

HEROICzero said...

haram x haram. ko ske x.. =P

Wanturd™ said...

takkk..tak kan..haha