" Argghhh... " aku menjerit kecil tiba-tiba.
Alarm yang dipasang aku dengan niat tidak berapa ikhlas semalam sekali lagi mengganggu siaran mimpi aku. Dalam separuh kesedaran, aku berdoa agar sekarang belum lagi pukul 7 pagi. Anggaplah aku tersilap dengar bahawa itu alarm aku. Tapi doa aku memang tidak termakbul dengan serta merta. Jam menunjukkan waktu 7.20 pagi. Sudah berapa kali agaknya jam telefon bimbitku berbunyi tidak kudengari.
Aku segera bingkas dari katil. Tapi aku rasa kakiku lemah. Lantas aku kembali duduk di sisi katil. Aku termenung mamai. Termenung bagaikan memikirkan nasib dunia yang kucar kacir kini.
" Wan. Kau tak pergi sekolah ke hari ini? " sindir adikku yang sedang menyikat rapi rambutnya yang sedikit ikal. Dia sudah bersiap-siap untuk ke sekolah nampaknya.
" Sikat seribu kali pon tak hensem lah! " kataku di dalam hati.
Aku membiarkan sahaja pertanyaan adikku itu. Emak yang baru sahaja masuk ke rumah selepas menjemur kain di luar menjeling tajam kepada aku. Aku memahami isyarat garangnya itu. Aku segera menggapai tualaku yang lusuh itu. Dengan sepantas kilat aku membasahi tubuhku.
Setelah selesai memakai pakaian seragam sekolahku, aku bergaya-gaya sebentar di hadapan cermin almari emak.
"Kacak juga kau ya Irwan Shahabudin." bisikku di dalam hati.
Selepas membuat sedikit gaya ala-ala rambut Cristiano Ronaldo pada bahagian jambul rambutku, aku segera mencari kasut sekolahku yang baru dibeli minggu lepas. Kasut Pallas yang berlilitkan warna hijau di sekeliling kasut merupakan fesyen kegilaan terbaru di sekolahku. Aku sebagai pelajar yang dikenali ramai orang, perlu mendapatkan kasut itu segera agar tidak kelihatan ketinggalan zaman oleh rakan seangkatan di sekolah.
Aku melangkah berhati-hati menghampiri basikal. " Mana boleh kotor-kotor, kasut baru ni. " selorohku bersendirian.
Tepat jam 8.00 pagi aku sudah sampai di pintu pagar belakang sekolahku. Aku yang sudah lewat agak berhati-hati menghampiri pintu pagar itu.
" Fuhhhh..Nasib baik takde pengawas. Ahh... Kalau ada pon, aku tonyoh-tonyoh je muka budak-budak pengawas ni. Ingat aku takut ke? " kataku sendirian dengan penuh keyakinan.
Pagi isnin seperti biasa ada perhimpunan di depan dewan sekolahku. Aku yang sudah lewat segera menyusup ke kelas aku dengan berhati-hati. Sedikit leka boleh membawa padah. Kantoi memonteng perhimpunan jika ditambah dengan kesalahan datang lambat ke sekolah bererti aku menempah hukuman khas tahap ketiga oleh guru disiplin, Encik Hadri Sulaiman. Hukuman seperti mencubit puting dadaku sudah aku tidak sanggup untuk hadapi lagi. Sungguh aku benci hukuman sebegitu.
Kelas tiada orang. Mereka pergi perhimpunan sekolah kot. Jika benar, nampaknya rakan-rakan aku sungguh bersemangat di permulaan minggu. Aku melabuhkan punggungku yang separa seksi ini ke kerusi kayu. Seperti pelajar sekolah menengah tipikal yang lain, menjadi habit untuk aku menjongketkan kerusiku condong ke belakang. Aku segera membuai-buaikan diri di kerusi. Aku yang masih lagi mempunyai sedikit rasa mengantuk sedikit lena. Makin lama makin tertutup mataku. Layu.
" Hoi!! "
bersambung...
22 comments:
ape ke bende ko neh lagi.. hahaha~ dah mula dah nama2 novel kuar.. jap g ade la ayu qistina, Adam Ikmal, Aliya Amiera dan seangkatan..
damn!
itu nama jiwang sangat.cuba kau perhati betol2 nama tuh..
wa....nak bc sambungan...hehehe
haha.tgok lah kalau ada sambungan.ni baru chapter 1.haha
aik....novel ke cerpen nie???siap ada chapter lg...
ceepaaat saambung kan...!
=) best2...
xsgka ko pndai wat cerpen ala2 klakar neh..
tulip. ni novel pendek.sbb tu nopen. haa
Miza:hish..aku nak wat cerita sedih la..mane ade kelakar..heh
ikot ske ko lah safwan.. hahah!
RinG mane RinG? aku nk tgok die komen ape lak.. haha!
oooo...blh wat buku nie...ala..bt la sedin + klakar...baru ada feel nak baca...huhu
sedih lah safwan.. sesedih kisah cinta ko.. hahaha~ baru leh feel bila on9 mlm2
alamak.kenapa semua nak sedih2 ni.. patot la novel2 yang glemer sume pompuan duk menangis sorang2 time baca.
i like treller novels...huhu
treller novel tu ape?
hahahaha......silap eja..thriller la...kihkih...lawak jew..contohnya novel ramlee awang murshid..kalu bi saya suke novel mcm karangan Ellen Schreiber,enid bulton n mcm2 la..hehehe
novel thriller, sumpah aku x paam.. pelik2 jek saspen2 nye.. haha!
ahh..actually tak pk lagi jalan cerita novel ni.tggu respon dlu
weh dude.. aku mcm dh terpengaruh. damn you!
hahaha..suspen2 yg mcm 2 la syok...huahuahua...
fikir la cepat jaln citernya....hehehe
heroic:apa yg kau terpengaruh nie??
tulip: wah2..buat simple2 je la..bukan leh jual pon cite.hahaha
"Aku segera bingkas dari katil. Tapi aku rasa kakiku lemah. Lantas aku kembali duduk di sisi katil."
cakap je tengah stim
"bererti aku menempah hukuman khas tahap ketiga oleh guru disiplin, Encik Hadri Sulaiman. Hukuman seperti mencubit puting dadaku sudah aku tidak sanggup untuk hadapi lagi. Sungguh aku benci hukuman sebegitu."
sungguh aku pon bencii! !
blogwalking. citenye best pulak ;)
Post a Comment