Wednesday, February 24, 2010

Burung apa?

Burung merupakan benda hidup dalam katogeri "bipedal", kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai yang terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenalpasti yang dibahagikan kepada 27 aturan (orders). Selain itu terdapat pula banyak subspesies yang jika dikira beserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya. Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :-

  • Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
  • Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
  • Mempunyai sisik pada kakinya.
  • Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas.

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.


Wah. Ilmiah sungguh. Aku sekarang memang suka nak wikiwiki dengan korang. Hari ini punya cerita memang berkait rapat dengan burung. Hari ini merupakan kali ketiga burung wat pasal dengan aku seumur hidup ini.

Aku tengah berjalan ke bangunan BA sambil memakai kad id aku. Aku seluk saku dan melihat pada telefon bimbit aku. Jam masa tu menunjukkan sudah pukul 3.05 petang.

"Awal betul aku pergi kelas hari ini." bisik aku dalam hati. Macam agak berbangga dengan pencapaian hari ini.

Tiba-tiba, tanpa amaran, aku rasa seperti telah ditembak di bahu aku. Aku segera mengucap

"Warghh!! Shilake punya burung."

Habis baju aku. Nasib baik aku pakai baju lama dan tahinya tak bersepah. Setompok je. Suam-suam aku rasa kat bahu aku.

Aku cuba tinjau-tinjau ke langit. Tade burung pon. Aih. Dah berak, kau lari terbang cepat-cepat ye.

Aku cuba tinjau lagi. Bukan nak tengok burung, cuma tengok ada tak orang lalu lalang. Malu i ok. Nasib baik tiada orang. Aku ambil tisu, kesat mana patut. Perjalanan aku pergi kelas, aku singgah toilet, basuh sikit.

Bila dah jadi camni, aku rasa berdendam dengan burung. Eh, baru je entry aku sebelum ni cerita pasal dendam, aku dah amalkan pulak. Hehe.

Nasib burung tu agak baik sebab aku tak sempat cam dia. Kalau tak, memang aku dah kejar dah. Dah dapat, aku berak balik kat dia. Baru puas!

Orang china apek cina kata, kalau kena berak dengan burung, ada ong. Ong apa camtu. Cis!

20 comments:

Sesumpah said...

tangkap jeh buat rendang wahhaaa

Wanturd™ said...

ahaa.cantek. kau pandai masak,boleh tolong..hehehe

Tulip said...

waaa..sukenya citer nie...saya suka burung 2...kihkih...

RinG said...

nnti ko cter burung ko crett plak k, thanks in advance

silence musica said...

ong nak beli baju baru maksudnya. mmg ong!

deus X machina said...

kalau die wat tahi kat burung ko amacam
erk888

Wanturd™ said...

tulip: elehh.dendam la tuhh.hehehe

ring: pergh.lucah sial..taw la chelsex kau da kalah.hahaha

silence: bila nak dapat baju dari UK ni??

DeuX: perghh..memang burung aku marah! haha

Apehal blog aku da jadi 18sx ni?hah

Nand Nasyari said...

intro xleh blah ea.. nk jd pakcik wikipedia gak ke? :P cmne la rupe berak kt burung tu? xkan nk letak burung tu dlm jamban pastu berak..hahaha :P
seb baek burung tu xberak kt rmbut hang.. ;D

Wanturd™ said...

nand: patotnye, dbkl sediakan tandas kecil kat pokok2. baru la selesa sket mereka nak melepas. tgok! baik plak aku.haha..

alamak.tak sempat nak snap pic.sbb cam tak teruja lgsg time tu.ahaha. tp dia macam ferrero rocher yang kne penyek la..aha. mst tak larat makan da pasni.

silence musica said...

mmg xkan dpt!

Wanturd™ said...

perghhh.tape la zati. biar je sy kempunannnnnnn.............

Nand Nasyari said...

tandas kecil kt pokok...??? hahahaha.. kang kene bt piping plak utk air..t cmne burung2 tu nk cebok..lalala~ ;D

Wanturd™ said...

alamak..pakai flush je la..tak payah piping..pakai tisu je..hehehe

HEROICzero said...

pehh~ aku penah oh jadi mcm neh.. tp kt kedai blakang umah, nk g kelas. x pasal2 kene singgah umah, tukar baju. damn!

Nand Nasyari said...

cet...busuk gile xcebok..hak3 ;P

Wanturd™ said...

heroic: eleh.. kau pon nak wat cte sadis jugak ar..

nand: mane nand taw busuk? haa..penah tak cebok la tuh..hahaha



update:alamak.burung2 tak puas hati pasal entri aku. mereka balas dengan berak kat atas kete aku.Ciss!

zahir adnan said...

nasib bukan burung ababil je..klu tak dah arwah..he2

Wanturd™ said...

tu la..nasib baik aku bawak kancil je. kalau aku bawak gajah g kelas, memang burung ababil la yg dtg..

Nurul Roddy said...

ahahaha !
nak buat macam mana ~
dah tak tahan agaknya, terlepas juga akhirnya :P

Wanturd™ said...

camtu kena sedia pampers ar utk burung. berak pon taley tahan ke? ciss.haha