Hai.
Petang2 camni memang best main bola sepak kan? Dah lama sangat aku tak menggelecek,menyungkit, menackle, melipat, menanduk, mendada, menyekor bola. Apatah lagi menyeleberate gol yang dijaringkan. Kali last aku main bola sepak ialah 2,3 minggu lepas ketika team aku kalah time suku akhir organizer cup – cup saguhati setelah tidak layak ke Pusingan kedua Uniten Cup. Macam liverpool la. Tak layak pergi Pusingan kedua UCL, dorang main Piala Eropah. Aku teringat game tu kami ketinggalan 3-0 1st half. Tapi dengan intergriti dan semangat muhibah yang tinggi, kami hampir menyamakan kedudukan, namun gol ketiga dibatalkan atas alasan kanak2 pengadil, iaitu offsaid. “Great game be” kata beberapa orang penonton. “ganah sek2 mu mae, sket lagi da bule jadi jogho” speaking salah seorang dari penonton berkenaan. Atas dasar 1malaysia, aku sangat paham dialek berkenaan.
Kembali kepada bola. Ya. Laki kalau tak pandai main bola, kena kaji balik kelakiannya. Maybe tiada bola yang seimbang mungkin? Atleast kalau tak pandai main, bushuk2 pon kena minat ar bola. Kalau langsung tak minat bola, sila kerja jadi maknyah kat belakang celcom kuantan. Di situ mereka minat2 berbicara mengenai membuang bola mereka.
Di Kuantan indah nan permai ni, aku suka main bola kat padang taman gelora – berhampiran dengan Teluk Chempedak. Bermain dengan budak2 kampung yang kurang kerempitannya, serta nelayan2 yang berbadan kekar, memang menguji skill,kredibiliti serta kesabaran dalam menghadapi cemuhan. Disini penuh cabaran. Mereka bermain pantas tapi tanpa strategi yang matang. Ala2 arsenal dorang main. Cam budak sekolah. Dari segi fizikal, ada yang tough macam Drogba the diver. Sekali body contact, pemain lawan tercampak 2,3 ela. Mungkin disebabkan badan aku macam Wayne Rooney, aku boleh seimbangi serangan fizikal mereka. Tak perlu dikaitkan dengan liverpool, sebab totally loserpool. Di padang sumbangan kerajaan negeri ini, kondisi padang memainkan faktor penting. Amat penting untuk mengetahui dimana rumput, pasir, atau pon lecak. Kalau salah slide, berdarah lutut serta rasa macam berdarah beku dibuntut. Sebagai pemain profesional, perlu dititikberat kan stat kasut bola anda. Kalau salah pilih, kejap lagi bila sepak tergelincir, jatuh bergoleklah alamatnya.
Itu sekarang lah. Kalau dulu2, time aku kanak2 riang, aku main bola dekat depan rumah je. Main dengan jiran2. Padang tak besar, besar macam court futsal je. Tiang gol pon pakai selipar. Ada sekali tu pernah jadi kreatif, nak wat tiang gol. Tapi sekali rembat, terus patah palangnye. Kuat betol budak2 ni rembat. Team kami hebat jugak. Dapat masuk semifinal pertandingan kawasan alor akar dan sekitar, dan kalah penalti. Yang aku ingat, jiran aku angah kecewa 2,3 minggu sebab tak gol penalti. Hehe. Team kami penuh player berbakat besar. Yang paling tua antara kami ialah Zhafir. Kitorang panggil dia Along. Dia memang hebat. Kami tak perlu ada midfield pon, dia jadi midfield ngn striker sekaligus. Dari bawah padang gelecek sampai belakang tiang gol. Kalau bukan lelah, aku rasa dia da main Liga Super sekarang ni. Ada seorang ni, Hizri. Dia adik kepada angah. Kami panggil dia uteh. Dia pemain paling kasar dalam kawasan kejiranan tu. Sekali dia tackle, kalau tak terseliuh kaki, berdarah lutut,pastu mesti bergaduh. Penjaga gawang kami nama dia pejal. Die hebat keeper. Macam spiderman. Setakat gol besar 4 langkah tu, selamber je dia dive. Hebat! Tapi dia suka memberontak. Dia kata dia nak jadi striker. Tapi aku time tu kan budak2, aku kata kat dia, kau hensem bila jadi keeper. Terus dia jadi keeper sepanjang masa. Aku pulak camne? Haa. Time tu aku dah matang. Mungkin sebab banyak membaca ujang dan selalu curi2 dengar orang tua bercakap. So, aku sentiasa jadi kapten. Aku lantik diri aku sendiri. Biasa ar. Aku seponsor bola, diktator ar sikit. Kelebihan aku, aku kuat rembat dan bola aku curve macam bola Beckham. Tapi time tu, budak2 ni kuat rembat jugak. Bila dorang rembat kuat sikit, bola masuk longkang besar. Game terpaksa berhenti ar, nak turun ambil bola. Longkang besar woo. 2.5m dalam, 10m lebar. Itu time kami masa kecik. Sekarang masing2 dah besar panjang. Jarang berhubung dan tak serapat dulu. Sedih gila aku.
Tapi perjuangan aku dalam bola sepak tetap diteruskan. Disebabkan aku fokus kepada belajar, dan tiada kesempatan lagi nak ceburi bidang bola sepak profesional dan jadi pemain terbaik Asia atleast, aku teruskan perjuangan aku dalam bentuk sokongan. Banyak game malaysia aku turun tengok, dan game pahang, kalau ada geng, aku pergi juga stadium. Tak rugi. Walaupun aku tengok dorang main kadang2 macam sarkis, tapi aku rasa dorang lagi hebat dari aku. Game 1st aku tengok kat stadium musim ni ialah game Selangor lawan Pahang (team muda). Kalah 4-0. Tape. Time ni kasi can la kat selangor. Next time, Tok Gajah akan mengamuk!
Yeyeah!
5 comments:
rajin blogging? haha!
silap kawan, its Selangor 4-0 FAM
=P
aku mmg rajin. haha. ahhh..salah ar. tganu 4- selangor 0
nak wt cmno, kene jage ati FAM gk. haha~
tu tu, dak klate tu mana?
bz dating ar bohh.
ame makan sorg. minggu kedua kunun
Post a Comment