Friday, January 14, 2011

Nasib

Wow wow woww!

Dah masuk 3 minggu aku tak 'atas-tarikh'. Dan seperti yang aku jangkakan, nobody nobody nobody missing me. Aiyakk.

Esok aku ada paper. Calculus. Apa jadah dah sem ke 6 baru nak ambil calculus pon tak tahu. Apa jadah aku up entri time nak test pon aku tak tahu. Erk.

Hidup memang ada banyak dugaan. Dan banyak benda yang kita tak duga akan berlaku. Contoh macam semalam.

Semasa tengah sedap-sedap bawak kereta, aku nampak dari jauh lampu isyarat bertukar kepada merah. Keadaan jalan tu macam bentuk senyum, atau turun bukit then naik bukit. So, masa nak turun tu, awal-awal aku tekan brek, almaklumlah keadaan jalan agak basah.

Sedang-sedang molek membrek, tiba-tiba ada pajero dari lorong kiri mencelah depan aku. Aku apalagi, terus brek emergency. Setelah sliding sejauh 5-6 meter dekat curam bukit tu, aku dah rasa nak langgar dah pajero tu. Dalam fikiran aku dah terfikir kat cik awek, eh, dah terfikir kat mampus aku nak ganti rosak kereta. Mampus aku nak jawab dengan Encik Saaid. Shit. Aku nak pejam mata layan perasaan nak berlanggar tu, tapi tak boleh.

Tiba-tiba pajero tu tekan minyak secara mendadak, dan naik ke atas bukit. Damn. Aku berenti tak sampai 1meter belakang pajero tu. Jantung aku dup dap dup dap. Darah dah mengepam-ngepam naik ke kepala. Aku geleng kepala sambil memaki pajero tu. Bodoh apa masuk depan orang macam tu?? Selang seminit, baru aku teringat nak ucap Alhamdulillah. Hurm.

Aku rasa aku luck dalam bab-bab eksiden. Mungkin Allah nak tunjuk kebesaranNya kat aku. Aku je yang tak reti nak bersyukur. Dah banyak kali aku nyaris nak berlanggar dan dilanggar orang. Dan dilanggar orang tu dah masuk 3 kali. Aku tak pernah lagi langgar orang. Alhamdulillah.

Hidup ni memang tak didugakan? Pepatah lama sepanyol juga ada menyebut no la mala suerte. Dan aku setuju dengan itu. Kita kena bersedia sebab malang itu ada di mana-mana.

Sedap-sedap sepanjang hari kau bergembira dan bergelak ketawa dengan awek, tiba-tiba malam tu kau bergaduh dengan dia. Siapa tahu?

Sedap-sedap kau gelak ketawa main bola, tiba-tiba jatuh pengsan dan mati sebab kena serangan jantung. Siapa tahu?

Sedap-sedap kau sambung tidur time sembahyang jumaat jap lagi, tapi tiba-tiba mati dalam tidur. Siapa tahu?

Allah je tahu.

Wallahualam.

4 comments:

HEROICzero said...

update penuh nasihat ber-ilmiah. keh3x~

abang dah sem 6? wow!

*weh gud luck test weh~! =)

apek aja deh said...

wei!!!entah kenapa aku jumpa blog korang

mari berkenalan di dunia maya

me.. said...

dh sem 6..
gud luck calculus..
alhmdulillah..nsb bek xder pape kn..

Wanturd™ said...

heroic: good. aku memang tade luck dengan test. haha.

apek: ishk. segan aku ngn kau pek. haha

akoo: alhamdulillah. tade jadi pape pasal eksiden. tapi jadi macam2 mende lain pastu. hehe